Salam dears… Setelah bertahun lamanya passport Mama dok mereput dalam almari, akhirnya dapat gak passport tu keluar melihat dunia hahaha. Bila check, alamak dah tamat tempoh daaa. InsyaAllah tak lama lagi ada rezeki nak jalan jalan. So kena lah renew passport tu kan?
Renew Passport di UTC Pudu, Kuala Lumpur
Minggu lepas Mama pergi renew passport di Pejabat Imigresen UTC Pudu. Ini kali kedua Mama ke UTC Kuala Lumpur di Pudu Sentral ni sebab senang situ dekat dengan public tansport. Boleh pergi naik tren Star LRT, turun kat stesen Plaza Rakyat dan jalan kaki sikit je dah sampai.
Mama pergi tu hari Jumaat, sampai sana dalam pukul 8.42 pagi. Masa tu orang dah agak ramai jadi kena laa menunggu dalam sejam juga sebelum nombor dipanggil. Tapi ok lah sebab tempatnya selesa, dapat duduk dan ada aircond. Lagipun abam abam Imigresen kat situ encem encem juga, tak lah boring sangat dok melangut saja kan…ehhh?? hahaha 😉

Senang je renew passport di UTC
Haaa masa renew passport tu kan, Mama boleh plak tersilap tulis alamat rumah. Patutnya 3/4 tapi Mama tulis 3/2. Masa dok lepak tunggu passport siap tu baru terfikir, alamak aku bagi alamat salah laa!
Kelam kabut pergi semula ke kaunter tanya nak buat camna? Nasib baik masa tu passport Mama belum dicetak lagi, dan abam imigresen tu cool ja ambil balik borang suruh tulis semula alamat yang betul. Fuhhh lega! Tapi termalu gak laa aii masa tu, alamat rumah sendiri pun boleh lupa hahaha
Tak Perlu Bawa Gambar Untuk Renew Passport
Dulu dulu kena bawa gambar berukuran passport siap siap kan? Tapi sekarang ni dah tak perlu dah, ambil gambar kat situ terus. Dah ada mesin gambar ‘Facial Live Capture’ di setiap kaunter kat situ. Senang! Cuma pastikan pakai tudung atau baju berwarna gelap tau.

Mesin untuk ambil gambar ni ada di setiap kaunter kat situ
Harga Renew Passport
Harga nak buat passport baru atau nak renew pasport sama saja, dan tempoh sah laku passport ialah 5 tahun dari tarikh passport dikeluarkan. Untuk orang yang selalu travel ke luar negara memang senang lah sebab boleh pakai lama.
a) Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun): RM200.00
b) Warga emas (60 tahun ke atas): RM100.00
c) Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah): RM100.00
d) Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah): RM100.00
e) Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik): RM100.00
f) Orang Kelainan Upaya (OKU): Gratis (percuma)
(Sumber)
Hmm proses keseluruhan untuk Mama renew passport hari tu ambil masa dalam dua jam ja. Sejam menunggu giliran untuk ke kaunter ambil gambar dan update maklumat semua, pastu lagi sejam menunggu untuk passport siap. Kalau pergi semasa orang ramai, mungkin akan makan masa lebih lama laa kot.
Pelbagai Perkhidmatan di UTC Pudu
Sambil menunggu passport siap tu, Mama sempat pergi ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara kat situ juga untuk tukar alamat di kad pengenalan. Kena bayar RM10.00 dan prosesnya pun sekejap je. Cuma kad pengenalan tak siap serta merta, tapi boleh ambil esoknya. Dia bagi kad pengenalan sementara ja dulu.

Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara pun ada di UTC Pudu ni
Bagus juga kan dah ada UTC macam ni, memudahkan boleh buat pelbagai urusan kat satu tempat je. Selain daripada renew passport di UTC, boleh juga renew lesen memandu. Pastu ada pejabat PTPTN, Pusat Zakat, Pos Malaysia, MARA, Telekom dan ehhh banyak lagi lah. Aii like! 🙂
Pejabat Imigresen Pudu Sentral
UTC Kuala Lumpur
Tingkat 2, Pudu Sentral,
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50550 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2026 2079 / 2090 / 2092
Faks: 03-2026 2087
Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 8.30 pagi – 10.00 malam (ditutup semasa Cuti Umum)
11,298 total views, 1 views today
wah..renew passport tu..macam plan nak holiday je..hehe
InsyaAllah 😊
Sekarang dah senang kan….RM200 untuk tempoh 5 tahun memang berbaloi
Suria Amanda recently posted…Hadiah Utama Pemenang Top Komentator March 2017
Untuk org slalu travel mmg berbaloi sgt
pasport sah 5 tahun ke sis… kalau dulu 2 tahun kan
Sheila Adziz recently posted…Setengah Hari Check Up di KK
Yup skarang 5 tahun
mudahkan lani ada utc
Yup mmg memudahkan
mama nak pergi jalan2 kemana tu?
Umminani recently posted…Contest SEO : Terima Kasih Bedak Herba Asmak
Jalan jalan cari makan hehehehe
Kanak2 12 tahun ke bawah RM100 tq kak nani update harga terbaru nak renew pasport…juju dgn abam Qi dah expired pasport ingat nak renew terus senang…kak nani nak pi oversea yeyyyyyyyy
Julia Johari recently posted…Tawaran Cuti Sekolah Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st #birthdaybash Sunway Lagoon !
Syok laa abam Qi, ummi nak bawak jalan jalan hehe
kita takde pasport lagi..hahaa
nadia johari recently posted…KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG
Kalau ada rezeki nak ke luar negara nanti baru buat kan