“Macam dah tak ada je, bila vakum pun tak nampak dah”. Itu jawapan Ayah bila Mama tanya “Abang ada nampak rambut gugur saya lagi tak?”. Fuhhh happynya Mama dengar jawapan tu. Legaaa sangat sekarang dah tak payah dengar Ayah membebel bebel pasal rambut bersepah atas lantai, atau penuh dalam vakum dah. Mama dah berjaya jumpa shampoo untuk rawat masalah rambut gugur Mama ni, yayyy! *joget*joget*

Mama dah cuba bermacam macam shampoo untuk rawat rambut gugur, tapi Tyzara lah yang paling berkesan!
Kenapa Aku Pilih TYZARA?
Sejujurnya, Mama berminat nak guna Tyzara selepas baca review di blog Kak Long Saidila. Nak dijadikan cerita, lebih kurang masa yang sama UmmiNani plak tanya Mama nak cuba tak Tyzara? Ohh memang pucuk dicita ulam mendatang lah omputih kata, terus aii say yes!
Walaupun masa tu risau juga, kang bertambah rosak rambut aku macam mana? Sebab pernah gak cuba shampoo lain dulu, bukannya bertambah elok tapi jadi makin teruk adalah huhuhu. Tapi…syukur sangat Tyzara serasi dengan Mama. Bermula dari buat review, Mama terus jatuh cinta! Daripada formulasi lama, hinggalah formulasi new & improved, Mama terus setia dengan Tyzara…

Set konpem berkesan – Tyzara shampoo soya dan serum Tyzara. Sekarang ni ada harga promosi RM100 satu set.
Bila Mama bercerita tentang Tyzara kat kawan-kawan, mesti ada yang tanya…betul ke Tyzara ni berkesan? Bila tengok harganya pula, ada je yang kata errr berbaloi ke ni? Jawapan Mama – ya, berbaloi! Dengan penggunaan yang betul dan konsisten, InsyaAllah berkesan. Dekat Mama lah berkesan, kat korang…itu korang kena lah cuba sendiri baru tahu kan.
Lagipun Mama fikir, kalau kita sanggup berbelanja beli minyak wangi lah, baju lah, handbag lah…kenapa tak sanggup invest sikit untuk rambut sendiri? Rambut tu kan mahkota wanita…dan juga lelaki.
Pakai tudung orang tak nampak rambut kita? Habis tu kat rumah tak bukak tudung ke? Pakai 24 jam ke? Tak malu ke kat suami atau kawan kawan bila rambut dah hampir nak botak dah? Rambut bersepah atas lantai, bukan kita je stress…orang lain yang serumah dengan kita pun boleh stress gak wooo. Haaa itu pasal lah Mama pilih untuk terus setia menggunakan Tyzara!
Masalah Rambut Mama Selesai Dengan Tyzara
Hmm sebelum guna Tyzara ni banyak juga masalah rambut dan kulit kepala Mama tau, termasuklah…
- Rambut gugur teruk. Tiap kali sikat rambut, segenggam juga lah gugur. Sedih wooo…sampaikan dok fikir nanti botak ke aku ni? Dan dah terbayang ‘padang golf’ atas kepala dah huhuhu
- Kulit kepala berkeruping, gatal gatal dan berbau. Asyik laa dok tergaru garu kepala dan selalu terfikir “aku ni ada kutu ke?”. Stress hoihhh! Nak buka tudung depan kawan kawan pun rasa segan, takut ada bau busuk. Ye lah sebab berkeruping dan gatal tu, kadang Mama menggaru sampai jadi macam berlendir lendir kat kulit kepala dan rambut melekit lekit. Ishh gelinya bila ingat balik, yukss!
- Kelemumur banyak, berguguran bak salji! Penuh kelemumur kat bahu dan bantal tidur. Malu sangat, diri sendiri rasa geli huhuhu
- Rambut kering, keras kejung…kalau tak ikat rambut, menggerbang macam hantu Mak Limah dah cik kak oiii. Laki tengok tengah malam pun boleh terkejut lari lintang pukang hahaha
- Rambut berbuah dan bercabang. Ini salah satu masalah wanita bertudung. Daripada apa yang Mama baca, katanya mungkin disebabkan bakteria yang tumbuh atau melekat pada rambut. Gelinyaaa! Tapi Mama bukannya jenis yang tak suka shampoo rambut, kenapa jadi juga masalah ni dulu pun tak tahu lah.
Selepas menggunakan Tyzara, kesemua masalah rambut Mama tu hilang! Iyaa..Mama berjaya merawat masalah rambut dan kulit kepala ni tanpa perlu berbelanja ribuan ringgit pun! Tak perlu bersusah payah pergi saloon ke apa ke, rawat sendiri kat rumah je, Alhamdulillah…
Kesan selepas menggunakan Tyzara:
- Rambut gugur dah kurang! Kalau dulu segenggam gugur tiap kali sikat, sekarang ni sehelai dua ye yang melekat kat sikat, walaupun semasa rambut basah. Happy nya aii *joget*joget*
- Kulit kepala tidak berkeruping dan tiada lagi gatal gatal. Sekarang ni dah tak menggaru garu kepala macam dulu dah. Selesa je pakai tudung seharian pun.
- Rambut semakin lembut dan mudah diurus. Bye bye hantu Kak Limah, welcome Jennifer Anniston…ehhh? hahaha.
- Tiada lagi kelemumur. Musim ‘salji’ sudah berakhir, yahooo! Sekarang musim bunga sepanjang masa. Nak flip hair pun dah tak risau ada ‘salji’ dah hehehe
- Rambut semakin sihat. Tiada lagi masalah rambut berbuah atau bercabang. Rambut terasa bersih dan sihat je.
- Rambut berbau wangi. Yup, walaupun seharian pakai tudung, tapi rambut tak berbau busuk. Ayah pun kata rambut Mama sekarang wangi je tau 😉

Serum Tyzara boleh membantu merawat rambut rosak dan/atau bercabang dan juga menggalakkan pertumbuhan anak rambut baru.

Serum Tyzara ni wangiii sangat! Best je usap usap kat rambut tau.
Fakta Tentang TYZARA
Dah panjang membebel tentang ‘Kenapa Aku Pilih Tyzara’, meh nak cerita sikit apa itu Tyzara dan apakah bahan yang menyebabkan Tyzara ni pilihan terbaik untuk korang yang serius nak merawat masalah rambut.
Apa itu Tyzara?
- Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yang lebih dikenali sebagai shampoo soya.
Shampoo dan serum Tyzara dirumus khas untuk merawat:
- Cara rawat rambut gugur
- Rambut gugur lepas bersalin
- Rambut rosak / bercabang
- Gatal kulit kepala dan kelemumur
Apa kandungan bahan dalam Tyzara Shampoo Soya?
Tyzara menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, termasuklah:
- PROTEIN SOY – ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik) dan ia diperbuat daripada kacang soya asli, di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita.
- PANAX GINSENG ROOT EXTRACT – menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala untuk memberi ruang anak rambut baru untuk tumbuh.
- MAJUS ROOT EXTRACT – memberikan vitamin pada akar rambut dan menyahkan kotoran kulit kepala.
Siapa yang boleh menggunakan Tyzara?
- Tyzara selamat digunakan oleh semua golongan – lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Adakah Tyzara ni Halal dan ada kelulusan KKM?
- Ya. Halal dan ada kelulusan KKM (NOT161201328K). Jadi tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan Tyzara
Kenapa nak guna shampoo soya untuk rawat rambut?
Mula mula dulu, Mama tertanya juga…kenapa nak guna soya untuk rambut? Sebab sebelum ni Mama tak pernah jumpa shampoo yang berasaskan soya. Jadi Mama pun mengGoogle lah cari maklumat tentang ni…
- Produk soya adalah sumber protein yang baik dan kerana rambut terutamanya adalah terdiri daripada protein, jadi makanan yang kaya dengan soya bermanfaat untuk pertumbuhan rambut yang optimum (sumber).
- Mengikut majalah ‘Marie Claire’, protein adalah elemen penting untuk menguatkan batang rambut (hair shaft). Bila menggunakan produk yang mengandungi protein, produk tersebut akan ‘mengikat’ dirinya kepada helaian rambut dan membentuk satu lapisan pelindung. Ini mengurangkan kemungkinan rambut akan pecah atau putus semasa digayakan.
- Menggunakan perapi yang kaya dengan protein pada hujung rambut menyebabkan cabang pada hujung rambut itu ‘berkumpul’ dan memperbaiki diri sendiri.
- Protein membantu mengekalkan rambut yang berkilat dan sihat. Ini berpunca daripada tahap kelembapan yang baik. Jika anda mengalami dehidrasi atau diet anda kekurangan protein, ia akan dapat dilihat dalam penampilan rambut anda. (sumber)
Testimoni Tyzara
Panjang lebar dah Mama bagi testimoni Mama sendiri tentang Tyzara ni kan. Tak percaya lagi ke? Nahh baca testimoni diorang ni plak…

Testimoni Tyzara shampoo soya

Testimoni Tyzara shampoo soya.

Testimoni Tyzara shampoo soya

Testimoni Faris hehe. Bahagianya rasa bila anak puji rambut kita cantik kan, kan? 🙂
Haaa menarik kan Tyzara ni. Ada banyak lagi maklumat tentang Tyzara dan juga testimoni yang korang boleh tengok kat telegram.me/shampoosoya. Tak ada Telegram? Download dan install lah, percuma je. Memori handphone dah penuh? Install dalam laptop atau komputer pun boleh. Ehh dah…dah…pi baca pasal Tyzara cepat. Konpem korang terpikat punya lah hehehe 😉

Korang blogger? Meh join contest Kenapa Aku Pilih Tyzara? Dapat menang produk Tyzara pun dah cukup best wooo…
Info penting yang lain boleh di dapati di sini:
Website: www.tyzara.com
Infor dan testimoni:
telegram.me/shampoosoya
Hotline: 019-5767697
7,475 total views, 1 views today
fuyoo. last minute ni.. kemain. hahahha
YB Shehan recently posted…JANGAN SALAH PILIH BABY CARRIER
Alang alang dah memang guna, terexcited plak nak cerita panjang hehehe.
memang bagus..yanei dah cuba.. dan skrg amalkan..
yanieyusuf recently posted…Kenapa aku pilih TYZARA
Yayy kita geng! Hehe
nak cari jugak shampoo ni…sebab ada masalah dengan rambut gugur
~ Kisahsidairy~
Cuba laa, kot serasi dgn u gak
Wah bagusnya produk ni.. Nanti leh try… Mummy pun banyak jugak rambut gugur..
Try la, kot berkesan utk u juga
Menarik ni..okey nak skodeng..sebab kita pun rambut gugur..
Suria Amanda recently posted…Masak Kicap Daging Guna Serbuk Rempah Mak Siti
Cuba laa SA, kot berkesan utk u jugak
Tahniah sis.. menang tempat pertama.. dapat iphone tu… hehe…
Alhamdulillah. Terima kasih! 🙂
tahniah nani ….
saidila@kaklong recently posted…Siapa Yang Menang ?
Thank you Kak Long. Tahniah kat u gak, top 5 uollsss *woot *woot*
tahniah artikel tbaik. woot woot
TQ Shehan! Tahniah to u too 🙂
Tahniah kak nani menang review tempat pertama! Best review kak nani tau…tang sumber soya tu julia baca itu yg kelebihan review…keep it up sis ! Rajin research!
Alhamdulillah. TQ Juju! 🙂
Tahniah kak nani
TQ Abe 🙂
mcm nk cuba je sbb kepala mcm dh botak kt dpn
Cuba laa, mana tahu kot berkesan utk u gaj
ooh.. berasaskan soya rupanya tyzara nie. Produk ni mesti dibuat dengan formulasi nutrien rambut ye sis..sebab tulah mahal sikit 🙂
Yup Tyzara ni syampu berasaskan soya 🙂