Salam dears… Hari ni nak cerita pasal si Fauzi, sebab semalam dia buat perangai yang sangat sangat sweet. Yang buat Mama tersenyum senyum sampai hari ni 🙂
Pagi semalam sebelum pergi kerja, dia dah puji Mama wangi. Balik kerja plak, lepas dah mandi salin baju, sebaik saja keluar dari bilik dia terus pandang Mama dan kata lagi “wanginya Mama”. Lepas makan malam plak, dengan muka happy puas hati yang amat, dia kata “mmm sedapnya Mama masak”. Padahal makan roti bakar dengan kaya je pun hahaha
Pastu, masa Mama tengah dok seterika baju, dia tiba tiba datang hulurkan segelas air sejuk sambil kata “nahh untuk Mama, sebab Mama penatkan…”. Alahaiii time tu Mama dah rasa cairrr giler dah. Terus Mama peluk cium dia banyak kali, manis macam gula lah dak encem ni! Kan, kan?
Yang buat Mama rasa touching sangat sebab berbanding Fahmi dan Faris, si Fauzi ni jarang nak sweet sweet camni ngan Mama. Kalau Faris tu selalu lah, memang mulut manis memanjang. Fahmi plak, kerjanya menempel je ngan Mama hehe.
Tapi si Fauzi ni, peminat setia Ayah gitu. Dengan Mama dia tak heran sangat (kecuali masa nak masuk tidur dia suh teman, atau bila dia kat toilet dok terjerit jerit panggil Mama…Mama…haishh!). Kalau Mama marah, dia boleh relek lagi. Tapi bila Ayah yang marah je, terus meraung berjurai air mata hehehe
Sejak kecil lagi, dah perasan yang dia lebih manja dengan Ayah. Masa baby dulu, kalau nampak Ayah je, dia akan merangkak pergi kat Ayah. Bila dengar suara Ayah je, dia tengah tengok tv pun, dia akan berpaling pandang Ayah.
Ehh rasanya sejak dalam perut lah dia ni peminat Ayah. Sebabnya kan, masa mengandung dulu Mama jadi macam terlalu sayangkan suami. Sangat ‘clingy’ nak kena selalu cakap ngan Ayah, sms Ayah (masa tu tak dak whatsapp).
Padahal, Mama ni bukanlah jenis isteri yang terlalu cintakan suami sampai setiap masa ‘aku tak boleh hidup tanpa mu’, asyik upload gambar suami laa apa laa punya jenis tu. Err korang faham kot? Cuma masa mengandung ja Mama tetiba jadi perangai lebih kurang macam tu.
Ingat lagi, dua bulan Mama ‘berumah’ kat wad masa mengandungkan si kembar ni, tiap tiap hari Ayah kena datang melawat. Tak kiralah lewat malam ke apa ke, janji mesti datang! Kalau Ayah tak datang lawat Mama kat wad, aii siap boleh nangis lagi tau. Bila dengar suara Ayah je, babies dalam perut akan bergerak gerak. Perut yang tenang, tiba tiba akan bergegar macam ada gempa bumi! hehehe
Tapi…sebaik saja selepas melahirkan si kembar ni, perasaan tu terus hilang! Macam magik, tiba tiba ‘gone’! Bukan lah tak sayang, tapi perasaan cinta yang melampau tu dah tak ada. Rasanya…sebab Fauzi lah tu kot? Dia lah tu yang sayang sangat kat Ayah masa dalam perut Mama tu kot?
So…sesekali Fauzi buat sweet ngan Mama, memang rasa…owhhh indahnya dunia ini, berbunga bunga dalam hati ku ini. Sampai kena cerita kat blog lah buat kenang kenangan gittewww hehehe 😉
‘Mat smart’ yang sesekali buat sweet, bisa bikin hati Mama berbunga bunga 🙂
5,508 total views, 2 views today
Dulu Dania macam tu…sekarang sejak dah anak dara takde dah..macam ada jurang..hehehehe
Suria Amanda recently posted…Lempeng Bekal Dari Ibu Berjaya Naik Pesawat!
Alaa ya ka? Dlm hati dia masih anak manja SA tu hehe
Alhamdulillah…rasa lebih menghargai dan meyayangi Fauzi pada mama semakin mekar ni…bergula sangat awak Fauzi…PC pun boleh rasa apa yang mama rasa walau PC belum jadi ibu..hihi…bila balik kampung anak buah panggil PC manja2 pun dah rasa cair…huhuhu…
InsyaAllah nnt PC ada anak, anak anak PC pun macam ni
hensem berspek mata hitam dia.. hehe
Ubaidullah recently posted…3 CARA DAPATKAN SUAMI MITHALI ! ISTERI KENA BACA NI !
dok makan pun nak pakai spek, tak tahan! hehehe
Hehehe. Alahai Fauzi. Sweet talker to mama tak apa. 🙂
adeeya/mrsmayrz recently posted…Six of February
Jgn sweet talk ngan org lain kan hehehe
Sweetnya. Nanti besar dia mesti akan rapat ngan mama. Biasa anak lelaki ginilah, tak tunjuk, tapi dalam hati ada taman..
Harapnya macma tu lah 🙂