Salam dears… Korang dah bekerja ke masih bercuti tu? Tak pergi jalan mana mana ke cuti hari tu? Mama ni masih cuti ni, esok pun cuti Hari Wilayah. Disebabkan long weekend, jadi kitorang ambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina kali ni untuk balik kampung.
Tapi yang sedihnya…walaupun esok Mama dan Ayah masih cuti, tapi terpaksa balik ke KL hari ni juga sebab si kembar dah mula bersekolah esok. Sudahnya ni rasa macam kejap sangat balik kampung, tak puas lagi ni huhuhu
Hari Sabtu lepas masa gerak balik dari KL, jalan jammed teruk gak. Kitorang bertolak dari KL kul 8.30 pagi, dalam kul 4 petang baru sampai Kulim. Perghhh rasa kematu montot wehhh. Dah sampai tu pakat letih, mentido je laa kerjanya hehehe.
Pastu hari Ahad plak, lepas sarapan je ajak parents Mama pergi jalan jalan shopping kat Design Villlage Outlet Penang. Ingat nak pergi kejap je, tup tup sampai pukul 3 petang baru balik. Boleh tahan lama gak ‘hilang ingatan’ tengok barang kat situ, sakan shopping sampai terketaq ketaq lapaq lah hehehe.
Kat mana mana pun mesti paksa anak anak posing hehehe
Dah penat ukur satu Design Village tu, balik masing masing keletihan dan pakat fengsan lagi. Malam? Order pizza Dominos makan beramai ramai, ajak abang Mama satu family join sekali. Meriah macam kenduri jadinya hehe.
Hari Isnin, lepas sarapan terus gerak ke Taiping sebab ada kenduri. Ingatkan kejap je, Abah Mama kata Kulim-Taiping sejam lebih ja. Tapi…rupa rupanya jalan jammed! Sampai ke rumah kenduri, semua pakat kebuloq tahap cepat cepat salam terus duduk makan, tak pandang kiri kanan dah hehe.
Balik dari Taiping, Abah Mama kata “Design Village Outlet on the way ni, kalau nak singgah boleh lah…”. Mama opkos laa kata jommm. Kaki shopping kan, pantang ajak terus ok! Badan tengah tak sihat pun heret gak kaki, buat ubat dengan ‘shopping theraphy’ orang kata hahaha. Lagi sekali, sampai dah nak maghrib baru gerak dari situ. Lepas makan malam, semua terus Zzzzz….
Sudahnya bila balik kampung, tapi tiap tiap hari dok keluar merayau saja, maka rasa tak puas lah! Rasa macam kejap sangat dok kampung. Si kembar ni pun tak sempat nak enjoy main basikal, main badminton dengan Tok Wan. Masa gerak pagi tadi pun, rasa sayu plak tengok muka parents Mama…serius rasa tak puas lah! Huhuhu
Perasan encem betullah cucu cucu Opah ni 😉
Takpa, takpa…nanti kita cari masa untuk balik kampung lagi ye. Kalau dekat, maunya tiap tiap minggu balik kot hehe. Tapikan…masa cuti sekolah bulan tiga nanti Mama tak boleh nak cuti. Masa bukan cuti sekolah plak, susah sikit lah sebab kalau nak balik, kena ponteng sekolah lah si kembar ni. Kitorang ni masa si kembar tadika dulu selalu gak pontengkan je hehe. Tapi dah sekolah ni susah lah sikit, takut terlepas benda penting yang cikgu ajar. So mungkin lambat lagi lah baru boleh balik kampung huhuhu *nangesss*
Korang yang duduk dekat dengan mak ayah tu, untung lah boleh kerap melawat diorang. Dan yang anak anak belum bersekolah tu, senang sikit nak balik kampung kan? Kerap kerap laa balik melawat parents sementara boleh ni. Hargai selagi ada kan 🙂
5,379 total views, 1 views today
Selamat bercuti.. selamat balik kampung..
Saya pun masih bercuti lg hari ni..
anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat Blog
Enjoy your holiday 🙂
memang betul, kalau balik kampung memang tak akan puas. Mas balik hari tu walaupun banjir tapi tetap seronok.
Tu laa tgk gambar kat IG mas mcm enjoy plak naik sampan bagai hehe
Tempoh hari PC balik kampung pun jammed la mama…huhu…
Perdu Cinta recently posted…Tidak Sesingkat Itu
Musim perayaan kan, bertabah je lah huhu
dah besar dah si kembar 3 orang ni . hhehehe
http://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html
Dah darjah 3 dah 🙂
Betul tu..sebab tu SA kalau balik kampung memang duk kampung buat aktiviti kampung je… tu yang merayau je area kampung…tapi tu la..kampung SA dekat je…kalau kampung macam mama jauh2 baru ada feel kan…
Suria Amanda recently posted…Lempeng Bekal Dari Ibu Berjaya Naik Pesawat!
Dekat pun sama gak kot rasanya, janji kampung feel lain, special kan
spot!! opah dgn mama kaki peminat bawal.hehehe
umminani recently posted…Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Padat Dengan Ilmu dan Silaturrahim
Yaa betul betul betul! hehehe
Hehe.. pose sampai terlupa opah kat sebelah latew.. comel betul.
nor hazmira recently posted…Saya Nak Hamil
Pose model gitu lah hehehe