Salam dears… Masa balik kampung baru baru ni, Mama berborak dengan abang Mama pasal ‘shopping online’. Asalnya cerita tentang Mama beli baju murah dari China untuk si kembar tiga ni. Pastu buka topik pasal membeli belah di Lazada pula. Terus abang Mama dengan terujanya cadangkan Mama guna ShopBack.myย untuk membeli belah. Katanya dah alang alang ‘hantu online shopping’, baik lah guna ShopBack!
Dapatkan Cashback Dengan Membeli Belah di ShopBack.my
Sebelum ni Mama tak pernah dengar pun pasalย ShopBack. Apa kebendanya tu? Kenapa nak guna ShopBack? Abang Mama kata, untung membeli belah guna ShopBack sebab boleh dapat pulangan tunai atau ‘cashback’.
Maksudnya bila kita beli melalui ShopBack, kita akan dapat rebat atau pulangan tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack kita dalam masa 2-4 hari. Lepas dah ada duit cashback tu, boleh la nak cashout dan transfer masuk ke dalam akaun bank. Bestnya!
Hmm dah laa website online shopping macam Lazada tu kan dah ada promosi dan harga murah, bila beli melalui ShopBack ni dapat pula pulangan tunai atau cashback setiap kali membeli belah. Giler best! Siapa tak nak kan?
Jadi Mama pun terus skodeng tengok apa yang ada. Wahhh banyak juga laman web online shopping yang popular dalam ShopBack ni. Lazada, Zalora, Go Shop, Groupon dan banyak lagilah. Sudahhh….makin habis laa duit aii lepas ni. Bersiap sedia lah ye hahaha ๐
Apa apa pun, daftar dulu sebagai ahli. Baru lah senang nak membeli belah dengan jayanya nanti hehe
Bila dah jadi ahli, sebelum mula membeli belah tu pastikan log-in kat laman ShopBack.my ni dulu tau. Dah log-in barulah klik kat logo mana mana laman yang korang nak pergi membeli belah tu supaya boleh dapat cashback. Haa sila tonton video di bawah ni untuk lebih faham tentang ShopBack…
Membeli Belah di Lazada Dengan ShopBack.my
Mama memang tengah dok usha barang elektrik kat Lazada, nak beli pembakar roti (toaster). Si kembar lah ni…balik kampung makan roti bakar tiap tiap hari. Siap dah pesan kat Mama suruh beli, balik sini nanti nak makan roti bakar juga katanya hehehe
Alang alang dah daftar ShopBack, terus rembat satu toaster. Tapi Mama beli guna Lazada Mobile App sebab boleh guna kupon atau voucher juga. Nak dapatkan voucher code tu kena tengok kat Lazada, kalau nasib baik ada lah voucher masa tu. Tak sabar tunggu dapat duit cashback tu nanti, yayyy!
Ada dua pautan ke Lazada di ShopBack ni tau, satu ke website Lazada dan lagi satu melalui Lazada Mobile App. So pastikan klik di logo yang betul yer kalau nak guna mobile app.
Photobook Pun Ada…
Promosi Photobook Malaysia pun ada juga kat sini. Dulu Mama rajin buat Photobook. Tapi dah lama terbengkalai, koleksi gambar berlambak dah ada ni. Daripada dok dalam harddisk komputer dan handphone je, baiklah buat Photobook kan?
Koleksi Photobook Mama. Nak merajinkan diri buat Photobook lagi lah, Syiok tau bila belek belek gambar sambil mengimbau kenangan lalu gitu hehehe. Tunggu lepas gaji ni lah nak sambung shopping…
Hmm teringat adik receptionist kat pejabat Mama…dia hairan tengok kerap sangat bungkusan sampai untuk Mama. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada satu, sampaikan dia kata “kayanya Kak Nani ni, selalu shopping online”.
Jawapan Mama “akak bukan kaya dik, tapi akak pandai cari tempat murah untuk shopping. Orang lain RM100 beli 1 barang je, akak ni RM100 boleh beli 3-4 benda. Tu pasal banyak parcel sampai!โ. Bijak berbelanja gitu kannn. Ni dah ada Shopback, makin bijak laa aii lepas ni hahaha ๐
10,976 total views, 1 views today
Okay, kena daftar ni. Hehehe ๐
Sila sila… Hehe
Mmg kagumlah shopback ni kak…asal beli online je dpt balik komisen siapa xnak kan…lawaaa ye photobook weeeee
JULIA JOHARI recently posted…ShopBack Beri Pulangan Wang Tunai Selepas Melakukan Transaksi Shopping Online Wow!
Tu laa buat lagi semangat nak shopping haha
Wow! Kena cuba ni. Baru berbaloi berbelanja, siap dpt cashback. ๐๐
Skrg gak nak gi daftar. Hehehe
Sila lah daftar hehe
memang kena bijak memilih sekarang … cari yang kita leh dptkan kupon dan diskaun harga
Lisa recently posted…RESEPI Keria Gula Melaka
Betul, lebih berbaloi camtu
syoknya, dah habis shopping boleh dpt cashback pulak. memang berbaloi!
mas saari recently posted…Akhirnya Airis dapat ke sekolah
Memang!
Bru cek akaun shopback tdi.. hehe..
Dah dapat cashback ke? Bestnya
macam best je, nak daftar gak lah…
Sila sila….
Itu hari nak try daftar. Lepas tu lupa. Nasib baik Mama remind dalam entry. Jap gi nak daftar semula ๐
Jangan lupa daftar tau hehe
yup.
dah lama guna shopback nih.
duit pun dah dapat balik dah.
haha
titan recently posted…Cashback Pertama dari Shopback.my
Wahhhh bagus!
okay nak daftar jugaklah…hihihi
Silalah daftar ๐
Nak gak la… Skrg gak ๐
Bertindak cepat itu bagus! hahaha
Nk tau beli baju murah dari china tu kat mana? Hehe
https://ezbuy.my/
Huhu tergoda nanti..tp untung leh dapat cash back.. tq kak bestt
Yanieyusuf recently posted…Tempahan Hotel Last Minute Dengan Harga Berbaloi
Welcome ๐
Bgusnyeee..
Sis moon.. cmne nk temph langsir.. saya xtahu nk buat ukuran utk temph langsir…
U ukur lebar dan tinggi tingkap. Pastu tinggi tingkap sampai ke lantai, atau setinggi mana u nak langsir tu. Ukuran dlm inci pun ok. Nanti bgtau kat staff Sarah Hughes, diorang boleh advice berapa ukuran langsir.