Salam dears… Mama nak beli handbag baru. Sebab beg tangan Mama hampir rosak, bahagian dalam dah koyak. Hari tu ada pergi tengok tengok kat shopping mall, tapi tak ada yang berkenan dihati (dan bajet hehe). Jadi Mama ingat nak shopping online di ezbuy ni je lah.
Tapi…disebabkan terlalu banyak pilihan yang cantik cantik dan murah, sudahnya dah berhari hari Mama dok mengadap website ezbuy ni. Mama dah keliru dah jadinya…rasa macam nak beli semua je! Nasib baik lah boleh buka tutup, buka tutup laptop dan fikir sepuluh juta kali sebelum beli. Maklumlah shopping online tak perlu nak keluar rumah pun kan. Bangun pagi tak gosok gigi pun boleh sambung usha handbag…ehhh? Hahaha 😉
Pelbagai Barangan Menarik dan Murah Bila Shopping Online di ezbuy
Ehh korang pernah usha website ezbuy ni tak? Tak pernah? Haaa kaki shopping online harus lah bookmark website ezbuy ni! Sekali korang usha mesti terpikat, sebab banyakkk sangat barangan yang menarik ada kat situ. Harga pun murah. Kalau korang nak yang mahal pun ada juga, ikut bajet korang laa kan. Mama opkos laa pilih yang ‘mesra bajet’ gitu hehehe
Terus register. Senang nak shopping dan simpan barang dalam wishlist sekali nanti.
Macam macam ada!
Tengok lah tu, handbag saja ada 14 ribu lebih pilihan! Yahooo!
*joget joget tak tidur malam usha handbag*
Mama memang nak cari handbag yang murah murah je, jadi terus pilih (filter) untuk carian barang yang diskaun 70%. Senang!
Tertengok kasut ni juga…cantiknyaaaa laa hai… Murah plak tu! *urut dada*
Kos Penghantaran Yang Rendah Bila Shopping Online di ezbuy
Walaupun barangan kat ezbuy ni banyak dari luar negara (US, China, Taiwan dan lain lain) tapi kos penghantaran tak mahal pun, bermula dari RM4.50/500g saja! Dan tak dikenakan agent fee, jadi dah jimat disitu. Cuma masa nak beli tu, pastikan korang tengok kat ‘Domestic Shipping’ tu percuma RM0.00 supaya tak kena bayar lebih nanti.
Ni hasil tangkapan Mama. Murah kan, aii like! 🙂
Nak Beli Banyak? Gunalah Prime!
Untuk orang yang suka shopping online, kerap shopping atau selalu beli banyak barang serentak, memang sesuai sangatlah langgan servis Prime di ezbuy ni. Sebabnya belilah sebanyak mana dan sebesar mana pun barangnya, kos penghantaran hanya RM8.80 saja! Bayangkan….order barang banyak banyak dari luar negara, tapi bayar RM8.80 saja untuk kos penghantaran (flat rate International Shipping), murah tu!
Untuk dapatkan servis Prime ni, hanya perlu bayar RM188 setahun atau nak cuba sebulan dulu pun boleh pada kos RM18.80 saja. Nak murah, ajak laa kawan kawan ke famili ke join sekaki shopping kat ezbuy ni. Kongsi beli barang banyak banyak dan bayar RM8.80 saja untuk penghantaran, berbaloi baloi!
Ohhh yaaa, kalau korang nak register untuk shopping online di ezbuy, korang register di http://bit.ly/2dDrSGW, boleh dapat ezbuy voucher RM15 tau. Pastu…guna code ezsh15 plak untuk dapat diskaun 15% untuk shipping fee. Berbaloi baloi!
Ok lah… Mama nak sambung usha handbag kat ezbuy ni. Ada lagi beratus ratus handbag aii belum tengok ni hehehe 😉
4,543 total views, 2 views today
Salam mama kembar tiga, bestnya…. nak terjah juga la.. cuci mata
Sila..sila…happy shopping! hehe
Tak pernah beli lagi setakat ni…
Try laa usha, kot ada yg berkenan nak shopping
murah2 kan haihhhh kalau masuk bukan cuci mata je ni hehehehe
sue izza recently posted…Momma Pregolact : Milk Booster untuk susu ibu.
Memang pun… konpem terrrbeli hehehe
Hahaha… mmg rambang mata tgk semua benda kat ezbuy nih. Ooops! 😉
Beli…beli…hehehe
Salam Mama, lau kita dah join Prime, mmg shipping fee RM8.80 je kan…
Tak ade lagi fee2 lain kan (cth: local shipping (local shipping mmg dah pilih o.oo) & tax)…
Excited nak bershopping kat Ezbuy… Cuma takut nanti ade caj2 tersembunyi… Shopping Cart dah panjang n penuh nie… huhuhu…
ZULAIHA SYUHADA ZULKIFLI recently posted…#3ampenjuallayang2
Wsalam Zulaiha. Yup sepatutnya lepas dah register Prime, flat rate international shipping is RM8.80. Tapi you register dan bayar untuk servis Prime dulu sebelum checkout shopping cart ye. Fee untuk servis Prime boleh pilih samada RM18.80 utk 1 mth trial atau RM188 untuk setahun. Cuma nanti bila barang dah sampai ke Malaysia, you boleh pilih untuk home delivery atau self-pickup. Hari tu Mama request Home Delivery kena bayar RM8. Disebabkan beli barang banyak, masih rasa berbaloi bayar RM8 tu sebab malas nak pergi pick-up sendiri hehe. Happy shopping! 🙂