Salam dears… Sekarang dah bulan Oktober, mak bapak mesti ramai yang dah mula fikir tentang keperluan dan persediaan untuk anak anak bersekolah kan? Tambah pula yang anak baru nak masuk darjah satu, mesti teruja dan nervous gak kan? Mama tahu, sebab Mama pun macam tu dulu. Siap mengGoogle cari senarai barang keperluan sekolah dan buat bajet bagai. Dan salah satu benda yang buat Mama fikir banyak kali masa si kembar ni nak masuk darjah 1 dulu ialah bab nak beli beg sekolah.
Sebabnya…dah laa buku banyak, nak kena usung setiap hari plak tu. Jadi beg sekolah macam mana yang sesuai? Nak beli beg sandang ke beg trolley? Nak beli beg sekolah yang mahal ke yang murah? Jenama apa yang elok? Haaa tu dia berderet soalan! Tambah pula masa tu, kalau ikut bajet, asalnya Mama nak beli beg sekolah yang biasa biasa dan murah harga RM30-40 macam tu je. Maklumlah, nak beli 3 sekaligus kan, beli benda murah pun boleh jadi mahal sebab ganda 3!
Tapi kawan kawan Mama nasihatkan, untuk beg sekolah anak anak ni eloklah keluarkan modal lebih sikit. Lebih baik beli beg sekolah yang berkualiti dan boleh tahan lama, daripada beli yang murah tapi guna beberapa bulan je dah rosak! Lagipun, elok cari beg yang ‘kukuh’ sebab anak nak usung setiap hari kan, boleh ada kesan kat postur badan diorang juga terutama sekali kalau beli beg sandang.
Lepas tanya kawan kawan, jenama apa yang berkualiti tapi harga tak lah mahal sangat, diorang cadangkan jenama Swan. Masa si kembar nak masuk darjah 1 dulu, Mama beli masa ada diskaun jadi RM69.90 setiap satu. Fuhh peluh tiak gak lah nak membayar 3 beg sekaligus!
Tapi Mama puas hati…sebab sekarang dah hampir 2 tahun dan beg nya masih elok dan boleh guna lagi. Cuma nampak lusuh dan beg Fahmi koyak skit. Lepas hantar jahit kat tempat repair kasut, dah elok dan boleh guna. Biasa laa kan, budak usung beg setiap hari ntah campak merata semua, mesti lah ada kotor dan lusuh. Tak boleh lah expect beg tu dok cantik berseri macam baru beli kan?
Beg yang dibeli masa diorang darjah 1, tahun 2015.
Beg tu dah lusuh sikit tapi masih boleh guna. Tali dan zip semua masih elok, tak tercabut pun. Zip tak tersangkut sangkut. Ehh kira memang semua elok lagi lah. Cuma disebabkan dah lusuh tu, masa hari jadi si kembar baru baru ni Mama Ayah decide untuk hadiahkan beg sekolah baru untuk diorang pakai bila masuk darjah 3 nanti. Pilih jenama Swan juga. Beg yang lama tu tak buang, tapi nak buat jadi beg untuk ke sekolah agama pagi pagi. Beg masih boleh guna lagi, buat apa nak buang kan?
Lagipun beg yang diorang gunakan untuk ke sekolah agama sekarang ni dah ada yang rosak pun. Sebab Mama belikan beg murah biasa biasa je memandangkan buku ke sekolah agama diorang tak seberat sekolah kebangsaan. Tapi tu lah, setahun ni dah 2 kali belikan beg baru untuk bawa ke sekolah agama. Yang dok guna sekarang ni pun, zip dah tercabut laa beg koyak laa. Tapi Mama biar je guna dulu. Tahun depan ganti ngan beg Swan yang lama tu je. Jimat bajet hehe.
Tahun depan guna beg ni pula. Masa beli hari tu harganya dalam RM89.90-99.90 setiap satu kalau tak silap. Itu yang paling murah yang ada kat kedai Swan tu masa tu, pejam mata je lah bayar. Yang lagi mahal beratus ringgit pun ada tau, tapi aii tak mampu hehe. Harap harap yang ni pun akan dapat bertahan lagi 2 tahun 🙂
So untuk korang yang dok pikir pikir nak beli beg sekolah anak tu, pada pendapat Mama kalau boleh bajet lebih sikit dan beli beg yang berkualiti. Macam Mama beli tu, satu beg dalam RM80-100 tapi boleh tahan lebih dari dua tahun guna. Berbaloi kan?
Entri berkaitan:
Penting ke Kasut Sekolah Cepat Kering?
Shopping Baju Sekolah Si Kembar 3 di Hari-Hari!
Bajet Persekolahan Anak Masuk Darjah Satu
Baju Sekolah Tidak Berkedut (Wrinkle-Free) Yang Best!
24,670 total views, 1 views today
budak sekarang bnyak kena bawa buku kesekolah.. sian kdang2 .. tu kena cari yang kualiti elok
lisa recently posted…Charge Wayar USB Berkualiti Dari SISTA Malaysia
Yup betul, sian depa usung beg berat setiap hari
hmm pernah dilema macam ni dulu. beg better yang berkualtii, tak semestinya yang murah tak berkualiti kan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Makan Buahan Segar di Desaru Fruit Farm
Yup betul, harga berpatutan dan berkualiti – itu yg terbaik
Yg penting berkualiti dan selesa utk ank2. Jgn sbb kita nk jimat ank2 yg tersiksa. Kalo pandai cari ada jer yg murah tp tahan lasak.
Shiqeen sattar recently posted…Mesti Korang Suka Aktiviti Menarik Di Xcape Resort Sg Lembing
Yup betul, sebab tu elok survey awal awal supaya dapat beg yg berkualiti tp masih dalam bajet kita
Assalamualaikum mama, nk tanya pendapat kalau beg trolley swan tu ok x? Atau membazir? T.ksh
Wsalam. Kalau kena banyak naik turun tangga, maybe susah sikit nak usung beg trolley. Tapi rasanya ada juga yg roda special utk mudahkan usung naik tangga, cuba tanya kat kedai Swan. Mama tak beli yg trolley sbb kitorang dok apartment panjat tangga everyday dan si kembar ni kelas kat tingkat paling atas, jadi susah nak usung sbb trolley menjadikan beg lagi berat.
teringat masa belikan cinta beg sekolah …lagilah kena beli 2 biji sebab satu untuk sekolah kebangasaan satu sekolah agama….
satu pilih swan satu dia pilih body glove…so far memang dedua tahan …harga pun leh tahan gak …pesen lama takper yg penting kualiti bag ….
selamat tahun depan tak payah beli beg dah…pakai jer sampai rabak ….
ehehehe
Tu laa untungnya beli yg kualiti kan, leh pakai lama sampai rabak. Walaupun masa nak beli tu peluh tiak tengok harga hehe
ha… tq tips ni. terus rasa nak p cari swan nanti. hahahahah. Tq kak.. anak darjah 1 ni.. smua bnda mommy risau
YB Shehan recently posted…DARIPADA SURUH, LEBIH BAIK AJAK | TIPS AJAK ANAK SOLAT
Biasa laa mak mak kan, anak masuk darjah 1 kita excited lebih hehe
Lepas dapat beg sekolah baru ni tentu anak2 mama semakin bersemangat nak pergi ke sekolah awal tahun depan..
anuar recently posted…Komisyen Rahsia UBER di bayar pada setiap hari Jumaat.. TAPI..
InsyaAlllah
dilema jugak nak memilih beg anak-anak ni kan..Yang penting kita kenalah beli ikut kemampuan..Tapi kalau beli yang berkualiti sikit tu,insya allah..boleh tahan lama kan
Yup betul ikut kemampuan juga. Elok kalau boleh bajet dan kumpul duit sikit sikit dari awal, sampai masa boleh beli yang berkualiti.
dulu masa 1st darjah 1 saje nak try beli beg murah dulu tgok ok ke tak,,,,skali setahun sampai 4 kali tukar beg,,, da lebih kurang harga beg swan dah nilainya…so tahun 2 trus beli beg swan yg mahal trus,,,sampai skang masih elok & cantik,,, tahun depan boleh pakai lagi beg tu…. btulla cam yg Mama Kembar 3 recommend tu
sumysya recently posted…Tragedi TERKORBAN di HARI RAYA AIDILADHA
Haa kannn… biar keluar duit lebih skit sekali je, tapi tahan lama. Berbaloi 🙂
sya2kids ni berkenan yg roda2, malangnya emak sendiri tak suka roda2 sebab payah hendak berenggeh menarik tersangkut kaki org lain bagai, pula tu sekolah seberang jalan, alahaiii! payah2.
tahun depan mmg semua kena beli beg baru, sebab semua sudah bersekolah. adeih! kena menyimpan ni.
Sila lah menyimpan dari sekarang ye hehe
Tips yg sgt berguna coz anak pun masuk darjah 1 tahun depan…
Alhamdulillah dpt berkongsi pengalaman 🙂
Bagus jgk cari awal2 nih, tak de lah menggagau cari duit nnt … Yerr, bag kena yang berkualiti skit, byk sgt buku nak bawak …
Hani Rahman recently posted…SAPE PEROMPAK SEBENAR NYER ?
Yup sian bdk bdk sekarang ni buku banyak sgt
Saya beli beg jenama swan boleh pakai 3 tahun. Tahun 6 tingkatan 1 & tingkatan 2. Harganya RM59.90 ja.
Uishh tahan lama tu, berbaloi!