Salam dears… Dry Butter Prawn, Siakap Thai Style, Garlic Hot Pepper Beef, Salted Egg Crab…fuhhh dengar tu je dah kecur air liur! Sebab itu lah bila Nina ajak Mama mencuba masakan Cina Muslim di Restoran Blue Ginger, Seri Kembangan ni, Mama terus kata nakkk hehehe.
Selain daripada yang Mama sebut tadi tu, banyak lagi sajian enak yang dihidangkan kat sana. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Mama ni memang suka masakan Chinese style, jadi memang rambang matalah tengok menu yang ada. Kalau ikut nafsu semua nak ngappp! Tapi ikut akal, sabar sabar….lain kali boleh datang lagi hehe. Meh nak tayang pics, kasi korang terliur juga. Bertabahlah ye tengok pics makanan yang sedap sedap ni hehehe
Masakan Cina Muslim Yang Memikat Selera
Peminat ketam mesti cuba Black Pepper Crab ni. Memang habis licin dikerjakan geng KBBA9 lain yang ‘hantu ketam’ hehe. Mama sampai calit calit kuahnya tu, bila kunyah dengan cebisan capsicum yang ada, fuhh best! Geng yang makan semua kata Black Pepper Crab ni sedap, UmmiNani kata dia rasa nak hisap cengkerang ketam tu tau. Menu wajib cuba ni bila datang sini.
Salted Egg Crab. Satu lagi menu yang pasti jadi pilihan peminat ketam kan? Ketamnya yang segar menjadikan menu ni bertambah enak.
Dry Butter Prawn. Ini menu kegemaran Mama, kalau pergi restoran masakan Cina Muslim je mesti nak order. Dry Butter Prawn kat sini secukup rasa. ‘Sarang burung’ tu halus halus betul, sedap je mengunyah.
Sambal Cili Prawn pun best, tak terlalu pedas.
Kam Heong Squid ni sedappp! Bau harum daun kari tu betul betul menaikkan selera.
Salted Egg Squid. Tak payah cakap banyak, ini memang menu favourite 🙂
Siakap 3 Rasa. Mama tak sempat rasa, maklumlah makan dengan geng kuat makan semuanya. Ikan besar camtu pun cepat je licin haha. Tapi Shiqeen kata sedap, dia yang tak suka makan ikan pun terjebak makan ikan ni hehe
Siakap Thai Style. Kali pertama Mama rasa ikan dimakan dengan hirisan mangga macam ni. Gabungan rasa yang memang menjadi lah, serius sedappp! Menu mesti cuba nih.
Pandan Chicken. Bahagian luar ayam tu garing, isi dalamnya lembut. Satu memang tak cukup!
Dry Chili Chicken. Lagi satu menu kegemaran masakan Cina Muslim kan?
Sweet & Sour Chicken. Tak terlalu manis atau masam, just nice lah omputih kata.
Ginger Spring Onion Beef. Wangiii je bau daun bawang tu, aii like!
Garlic Hot Pepper Beef. Sedap! Dagingnya lembut dan kuah tak terlalu pedas.
Tomyam Seafood ni sedappp sangat! Kena dengan selera Mama. Habis semangkuk aii hirup slurpp slurpp, nak tambah lagi tengok tengok dah habis huwaaa. Ehhh hirup pelan pelan tau, kang tersedak plak sebab pedas gak ni hehe
Crabmeat Seafood Soup. Ini Mama tak sempat rasa. Sekelip mata je dah licin satu mangkuk besar tu dikerjakan dek geng KBBA9 yang pergi. Sebab diorang kata sedap giler! Huhh tak leh jadi camni, kena pergi lagi sebab nak rasa juga sup ni!
Sayur kegemaran Mama, Broccoli & Mushroom. Mama tak suka kalau brokoli tu lembik sebab terlebih masak. Tapi yang ni just nice, masih rangup dan rasa segar.
Siew Pak Choy Stir Fried With Oyster Sauce. Sayurnya segar, kuahnya pekat tapi tak terlalu pekat, sedap!
4 Mixed Beans with Dried Shrimp and Chili. Haaa ni lain daripada yang lain, menarik kan gabungan petai dengan sayur sayur lain tu.
Ya, saya tamak! Dah semua lauk sedap sedap, mau nya tak penuh pinggan 😁
Slurppp slurppp hirup Tomyam, tak pandang kiri kanan dah hehe
Restoran Blue Ginger Selesa dan Bersih
Bila makan di restoran, pastinya keselesaan dan kebersihan jadi kriteria utama kan? Tambah pula kalau bawa keluarga yang ada anak kecil. Bagi Mama Restoran Blue Ginger ni menepati kriteria tu. Walaupun dalam restorannya ringkas je, tapi Mama suka sebab yang penting ianya selesa, kemas dan bersih.
Kategori A, InsyaAllah tak perlu risau tentang kebersihan di Restoran Blue Ginger.
Ringkas, kemas dan selesa.
Diantara menu disini. Bagi Mama harga berpatutan, sesekali bawa famili makan sedap apa salahnya kan?
InsyaAllah Mama pasti akan pergi makan kat Restoran Blue Ginger ni lagi. Banyak lagi menu sedap sedap Mama belum cuba ni. Lain kali pergi konpem kena order Crabmeat Seafood Soup tu, mana boleh tahan dengar kawan kawan semua cakap sedap kan, kan? Erkkk lapar laa plak ni hahaha
Maklumat lanjut:
Blue Ginger Restaurant Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor
☎ 012 2102710 ( Jon )
Facebook: Blue Ginger
Waktu Perniagaan
Selasa – Jumaat
12pm – 3pm | 4:30pm – 10:30pm
Sabtu & Ahad
1pm – 10:30pm
Isnin – tutup
12,361 total views, 4 views today
Tudiaaaa banyak nya lauk akk mkn
Shiqeen sattar recently posted…Buang Racun Dalam Badan Dengan Detox Program Di Phuket, Thailand
Semua nak rasa sampai penuh pinggan hehe
Memang sedap,lain kali nak datang lagi..
Kak Sue recently posted…Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim di Puncak Jalil
Jom repeat kak sue
Dalam banyak-banyak menu…
Paling Nina suka chicken butter prawn -kuahnya yg creamy memang sedap
Dry Butter Prawn – rasa sarang butter pun dah cukup teruja!
Nina Mirza recently posted…Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim di Puncak Jalil
Kita geng! Dry Butter Prawn favourite!
ketam tu..pebret wooo
Kalau mai KL singgah sini lisa
wow… gred A tu.. jarang yang nak dpt!
rozita recently posted…Sesuai ke menonton filem ni untuk kanak-kanak?
Tu yg buat lagi suka Restoran Blue Ginger ni 🙂
Wahhh mcm sedapp je
Memang sedap!
memikat selera betul menu dia..
mas saari recently posted…dusun Kg Bangau Tanjung
Yup, banyak pilihan
tengok pada ketam tu memang menyelerakan,
siap udang masak merah lagi..
adeh…
kecur air liur.
Peminat ketam kena cuba ni
bes ye. tapi banyak yang x sempat rasa nih. kena repeat la nmpknya..
YB Shehan recently posted…TEMA FROZEN UNTUK BIRTHDAY HANNAH DAMIA YANG KE 6
Tu laa mmg kena repeat
Adui terliur tengok lauk pauk… I want!
Pergi laa cuba 🙂
pernah cuba makan sini..sedap sangat
nadia johari recently posted…5 KELEBIHAN SUAMI ISTERI TIDUR BERPELUKAN SETIAP HARI
Kena repeat lagi laa kan hehe
pernah makan dekat sini..memang sedap
nadia johari recently posted…5 KELEBIHAN SUAMI ISTERI TIDUR BERPELUKAN SETIAP HARI
Huhu… pg2 dah lapar tgk all the good. Kena pegi try sendiri nih. Jom! 😉
Jom kita set date pi sama sama