Salam dears… Selamat Hari Raya Aidilfitri! Ucapan tu masih sah kan? Raya kan sebulan hehe. Hmm kan ke best kalau cuti pun sebulan…ehhh? Yup…aii masih dalam mood Raya. Semalam kat ofis rasa macam terlalulah lambatnya masa berjalan, asyik dok tengok jam…bila laa nak pukul 6 petang! Mereput rasa! Haaa korang pun mesti camtu kan? Yang esok lusa baru mula kerja, konpem akan rasa benda yang sama. Tak yah nak kelentong laa… nanti pakat dok buat LLB je tu! Apa tu LLB? ‘Look like busy’ jaa hehe. Mama buat kerja gak, tapi yang mudah dan tak perlu banyak berfikir…sebab otak lemau hehe
Hmm raya tahun ni bagi Mama lain sikit daripada tahun tahun sebelum ni. Sebabnya sejak si kembar lahir, tiap tiap tahun hari Raya pertama kitorang sambut kat KL dulu. Maksudnya, 7 tahun sebelum ni sambut Raya pertama di KL. Raya ke-2 barulah balik Kedah. Sebab biasanya kitorang akan ikut bila taska cuti, dan kebetulan tahun tahun sebelum ni taska cuti seminggu lepas Raya. Jadi Mama Ayah pun cuti masa tu juga sebab tak ada orang nak jaga si kembar kan. Dah cuti panjang lepas Raya, maka Raya lah kat KL dulu.
Tapi tahun ni, sekolah dan taska dah buka hari Isnin, 11.07.2016. Jadi kitorang buat keputusan untuk sambut Raya kat Kedah lah. Hari Sabtu lepas baru balik ke KL ni. Alang alang dah balik jauh, biar balik dok lama sikit. Alhamdulillah selama ni Mama & Ayah tak pernah laa bergaduh pasal nak balik beraya kat mana dulu ke apa ke, sebab Mak & Abah Mama dan Mak & Ayah Mertua Mama pun jenis yang tak kisah dan tak pernah masuk campur, ikut kitorang lah nak beraya kat mana asalkan pulang beraya! Simple 🙂
Ehhh termelalut panjang plak pasal tu hehe. Anyways, seminggu di kampung memang seronokkk sangat! Si kembar enjoy sakan. Mana tak nya, Opah & Tok Wan rajin melayan, dapat bermain dengan sepupu sepapat semua. Hampir tiap malam dapat main mercun ‘pop pop’, Tok Wan lah yang belikan untuk cucu cucu kesayangan… 2 ka 3 kotak besar juga Tok Wan belikan! Pastu, dapat main basikal sepuas puasnya. Kalau kat rumah sendiri, memang tak dak laa basikal…dah duduk apartment je, mana ada laman. Ehh jom tengok gambar Raya kitorang je laa ye…
#TeamMerah tahun ni. Korang pakai warna apa?
Suka gambar ni, walaupun si kembar tak ready hehe
Anak dara sendiri tak ada, pakai sama dengan anak saudara je lah yer
Geng basikal 😉
Tiga orang budak yang seronok dapat duit raya
Mak mak pun nak bergambar gak
Aktiviti setiap malam – main pop pop!
Sedap oii! Agar agar kering tu dah susah nak dapat sekarang ni. Nasib baik mak kakak ipar Mama masih buat, dapat laa merasa setahun sekali. Kek tu pun susah dapat gak tu, sebab mak Mama buat kek masa Raya je hahaha
BerBBQ plak dimalam Raya ke-2. Walaupun ayam tu nampak hangit, tapi sedap wooo… Kakak ipar & abang Mama yang masak. Bila ditanya apa resepinya, disuruh Google je. Haaa ni lah orang zaman sekarang, semua benda cari kat Google ja kan?
Balik kampung pun kulit kena jaga, barulah berseri di hari raya gitu 😉
Ishhh seriusly rasa tak puas lagi beraya. Dan belum puas makan kuih raya. Hari tu mak Mama suruh tapau kuih raya, Mama tak nak. Takat ambik sebekas je, kununnya kalau bawa banyak pun nanti tak ada siapa nak makan. Sekarang ni, menyesal plak tak angkut banyak banyak! Sebabnya si kembar dah pulun sampai habis, tak sempat Mama nak makan. Padan muka siapa suh eksyen sangat kan, kan? Hahaha
9,937 total views, 3 views today
Singgah baca! Selamat Hari Raya
Selamat hari raya 🙂
Bestnya tengok anak-anak kembar 3 pakai baju melayu warna merah dan baju jalan petak-petak…. Saiz samalah yer… senang nak beli baju raya sekali gus…
Anuar recently posted…GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
Yup saiz sama, susah gak sebenarnya nak dptkan 3 pasang saiz sama. Baju melayu tu kena pi dua kedai utk beli tu
Salam ziarah mama..
Merah menyalaaaaaaa..suka sangat tgk kembar tu.. aduhhh comellll
Agar2 kering tu mama buat ke?
Agar agar tu mak kakak ipar yg buat, mama tak reti hehe
mama lawa dengan bawal. Mama, bila nak open house ?
umminani recently posted…TERPAKSA MC BILA UMMI DAN ANAK BONGSU DEMAM
TQ Ummi Nani.. Ntah bila laa nak dpt kerajinan buat open house haha
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin 🙂
adeeya recently posted…Two.Thousand.Fifteen Most Precious Moment
Hi Adeeya 🙂
Heyy, rindunya nak makan agar2 kering tu *sobs*
Btw, slmt hari raya 🙂
Agar agar tu dah kira kuih rare dah skarang kan puan pink
Assalammualaikum mama sekeluarga…suka tengok gambar aksi anak2 bertiga tu..hihi..
Perdu Cinta recently posted…Teruskan Gigih Menyambung
Wsalam…TQ PC 🙂