Berbeza dengan filem Hindi yang kita biasa tengok, dalam filem FAN ni tiada lagu, tiada adengan nyanyi dalam hujan, menari nari kat taman dan ayat ayat cinta tu semua…dan tiada ‘happy ending’. Memang lain daripada yang lain.
Masa mula mula tengok teaser trailer filem FAN ni, Mama ingatkan ini mesti cerita biasa biasa je – peminat tergila gila kan artis, bermimpi nak jumpa artis, dan lepas dapat jumpa, impian tercapai. Tapi bila keluar official trailer, ehhh…macam filem aksi je ni. Ada konflik diantara peminat dan artis yang diagung agungkannya tu, terus Mama pasang niat nak pergi tengok.
FAN official trailer
Setelah menontonnya baru baru ni, memang puas hati! Dua setengah jam dalam panggung, langsung tak terasa. Bila kasih bertukar menjadi benci, bila obsesi bertukar menjadi dendam, maka apa yang akan terjadi? Dan berbelah bagi, samada nak sokong Gaurav si peminat yang terlalu obses atau nak sokong bintang pujaan hatinya si Aryan Khanna yang ego. Errr ego kah dia?
Lakonan Shah Rukh Khan dalam filem ni memang mantap! Kagum tengok SRK membawa kedua dua watak dengan baik sampai rasa seolah olah Gaurav dan Aryan Khanna dilakonkan oleh dua orang yang berbeza.
Shah Rukh Khan pada umur 50 tahun melakonkan watak Gaurav yang berumur 20an dengan penuh bertenaga. Daripada suara, cara bercakap, cara berjalan, mimik muka dan segala galanyalah, Gaurav berbeza daripada Aryan. Tapi…ada masa masa tertentu, Gaurav adalah sama dan serupa dengan Aryan. Ishhh susah nak terangkan, tapi transformasi SRK memang hebat! Korang kena tengok sendiri.
Atau…mungkin juga jika dilayan, obsesi Gaurav terhadap Aryan akan semakin menjadi jadi? Tapi…ego kah Aryan? Sebagai artis yang dipuja peminat diseluruh dunia, patutkah dan mampukah dia nak luangkan masa untuk setiap peminat yang nak kan perhatiannya? Bak kat Aryan itu hidupnya, kenapa dia harus bagi walaupun 5 saat kepada Gaurav?
Arghhh serius dilema semasa menonton filem ni! Nak sokong siapa? Nak salahkan siapa – Gaurav yang terlalu obses atau Aryan yang terlalu ego? Hmm itu korang kena tonton sendiri dan buat keputusan 😉
3,817 total views, 3 views today
menariknya mamam, anak-anak sesuai ker nak menonton nii ?
nampak muka pun macam ada 2 org berbeza. hebat srk
Raihanah Ahmad: SRK the best 🙂
Nooraini Ali: bagi Mama, ok je. Ada laa part lawan tumbuk tumbuk skit, tapi ok laa
aida x tau pasal citer ni.
tq for informing.
hmmmm srk memang best.
evergreen dlm hati aida 🙂
memang best.. jom pi tonton lagi! eheheee
Uish..best ni. Nak tengok jugala nanti
Sila tengok, memang best!