Salam dears,
Kadang kadang benda yang simple pun dah boleh buat kita rasa gembira kan? Contohnya bila ada benda atau pakaian baru, walaupun benda tu murah je. Tak perlu yang harga ribu riban untuk buat kita rasa teruja dan bahagia memilikinya. Janji, benda tu memang benda yang kita nak sangat sangat, betul tak?
Hari ni Mama bangun pagi dengan penuh rasa gumbira, sebab hari ni Jumaat (yay yay esok cuti!) dannn….
Dapat pakai tudung Aidijuma design camera pojaan hatiku ini, yayyy!
Dah lama Mama dok tunggu design ni keluar. Pergi ke concept store Aidijuma, dah habis huhu. Asalnya tudung ni harga RM10.00 saja, tapi kalau beli kat reseller, biasanya RM15 dan keatas. Bila tambah kos pos, hmmm buat Mama fikir berkali kali jugalah nak order.
Tapi, atas kegigihan aii mengskodeng online shop kat Instagram, berjaya jumpa seller yang dekat ngan ofis Ayah. Haaa boleh laa jimat kat kos pos kan. Terus laju laju order, bayar dan mintak Ayah tolong pi ambik.
Petang semalam Ayah ambik, pagi ni aii terus melaram, yahooo! Thank you Ayah sudi melayan bini mu yang macam budak budak ni nak jugak jugak tudung gambar camera je pun hahahaha. Well, dah mamarazzi, kena laa ada tudung gambar camera kan hehe
Hmm best tau jadi orang yang tak high maintenance, tak kisah benda mahal ke murah. Dapat tudung 15 hinggit pun dah rasa nak joget joget, senyum sampai telinga 😉
6,419 total views, 1 views today
cantik dan comel jerrr kakak kita ni tau… he he he… salam jumaat kak…
Simple itu nice,.tak serabut kepala..tak risau orang kutuk..freedom..
comel design tu! hipster sangat mama ni =)
so cute la kakNani, makin muda la kakNani.
kena minta tunjuk ajar ni, kita duduk rmh spjg masa feeling da mcm maid, makan tak jaga main tibai ja, bdn da naik, jerawat berlumba-lumba naik ke muka, haih!
Cantik. Ibu Nani pun suka pakai AJ 😀
saya pun nak cari orang jual tudung AJ yang murah2 ni..susah nak jumpa sebab tengok kat Ig ada ang jual dengan harga berganda2..ye la susah nak dapat..kan??
Nice look..
kita pun AJ yang murah2 je kak 😉
pink lagi tu..cantik! hehe
Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com 🙂