Salam dears… Kitorang dah siap beli baju sekolah, kasut dan beg sekolah dah. Kami dah bersedia untuk ke sekolah, yayyy! Errr tak lah bersedia sangat lagi, alat tulis dan benda lain blum beli lagi. Tapi sekurang kurangnya benda yang telan paling banyak belanja, dah siap 🙂
Based on entry yang Mama buat sebelum ni, tanya kat mana nak beli baju sekolah, ramai cadangkan Pusat Pakaian Hari-Hari. Terutama dalam Facebook geng kembar, majoriti kata beli baju sekolah kat Hari-Hari yang terbaik untuk harga berpatutan dan kualiti pun bagus. Memandangkan Hari-Hari ni memang tempat favourite Mama untuk shopping baju si kembar 3 (baca entry ini), maka kesitulah kami pergi bershopping dengan jayanya! Shop till we drop gitu!
Errr memang rasa macam nak ‘drop’ pun. Terketar ketar laa juga kaki tangan semua masa membayar segala benda yang dibeli tu. Iyer laaa…semua benda kena ganda 3, banyak tu! *lap peluh*
Macam macam gaya dak kembar 3 ni bershopping
Faris jadi model cuba try test baju sekolah.
Seorang je try, yang lain pun confirm boleh pakai 😉
Lepas dah shopping kat Hari-Hari, kitorang gerak ke kedai Swan plak untuk beli beg sekolah. Kawan kawan Mama kata kalau nak beli beg sekolah, lebih baik beli beg yang berkualiti, tahan lasak, tahan lama dan ada waranti. Dan diorang cadangkan Swan ni. Beg yang kitorang beli ni ada waranti 3 bulan, bermula dari bulan Januari hingga Mac tahun depan. Kalau zip rosak ke tali tercabut ke, boleh laa hantar repair, ok laa kan?
Nampak je gambar robot, terus pakat sambar beg tu
Muka puas hati dapat shopping pilih barang sendiri 🙂
Banyaknya barang…macam longgokan kat pasar malam jer hehehe
So, berapa banyak yang dibelanjakan? What’s the damage? *tekan tekan kalkulator*
Beli kat Hari-Hari:
- Kasut sekolah RM24.90 x 6 = RM149.40
- Kapur kasut RM2.50 x 1 = RM2.50
- Stokin putih RM6.90 x 3 pack = RM20.70 (1 pkt ada 3 pasang)
- Tali pinggang RM2.90 x 3 = RM8.70
- Baju lengan pendek RM12.90 x 12 = RM154.80 (size 14)
- Seluar panjang RM21.90 x 9 = RM197.10 (size 23)
- Singlet RM4.90 x 6 = RM29.40
- Sapu tangan RM6.90 x 2 kotak = RM13.80 (1 kotak ada 3 keping)
- Botol Air Jony&Jeny x 3 – freegift (yay!)
Jumlah (lepas guna voucher 10% diskaun) = RM518.76
Beg beli kat Swan = RM69.90 x 3 = RM188.73 (after 10% member discount)
Jadinya jumlah semua skali ialah RM707.49 *gulp!*
Errr Mama cerita ni siap tulis harga semua tu, sekadar nak berkongsi maklumat dan buat kenangan diri sendiri je ye. Jangan pula ada yang kata Mama nak menunjuk nunjuk ke apa ke. Kalau nak menunjuk, aii pi beli kat London terus laa u hahaha 😉
Entri berkaitan:
Bajet Persekolahan Anak Masuk Darjah Satu
Baju Sekolah Tidak Berkedut (Wrinkle-Free) Yang Best!
11,880 total views, 2 views today
sekali kena soping tuk 3orang memang berganda la harganya..huhuhuu..dalam berjimat pon nipis gak poket dibuatnya..
mama.. tu da hbs jimat kn.. klu x.. 4 agke kot.. kalau saye pon drop.. hihi
Oh oh oh.. Hujung thn depan.. Plus gst? Errkkk… Nggeeee
itu dh habis jimat pun cecah 8rat ehh? banyaknyaa pakai duit anak nak sekolah nii huhuhuhuhu
comel gilaaaaaaaaaaaa….. oklah tu i rasa within bajet.. orang kata seorg pun dalam rm400 jugak ekna spend… u did a good job.. mmg berbaloi barangan yg u beli dgn bajet yg berpatutan.. 🙂
To all: Thanks for your comments. Yup, ni dah kira berbelanja secara 'bajet' dah. Ni blum masuk baju sukan, buku, & yuran sekolah lagi ni huhuhu
Wah. dah besar triplet ni ea. Dulu follow masa dorang kecik lagi. Hehe.
Lama tak jenguk 3F , dah besar dahh.. Nak sekolah dah hee..
hai salam kenal mama kembar tiga..teruja dieyana bila jumpa blog awak..kembar 3..fuh…ensem2 pulok tu…sambil duk bayang kembar kat dieyana rumah..tp dua aje..ihihih
Bagi harga senang kami nak rujukkkk….nini suka blog info detail camni tauuu
Bagus sharing ni..boleh buat bajet awal
Yup, elok buat bajet awal boleh simpan duit sikit sikit dari awal tahun